Monday, 12 March 2012

Dosa Menipu


Menipu merupakan pekerjaan dosa besar, kerana sifat ini merupakan sifat yang paling menonjol yang dimiliki oleh orang munafik.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta, apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khianat". (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Balasan bagi orang suka menipu serta tidak amanah ataupun tergolong dalam orang munafik ini sangat pedih di akhirat nanti. Sekalipun orang munafik atau menipu orang itu sentiasa merahsiakan sifat kemunafikannya, Allah adalah Zat Yang Maha Tahu akan membongkar kesalahannya di hadapan orang-orang Islam apa yang selama ini tersimpan dalam hatinya.

Allah berfirman maksudnya: "Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahawa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka? dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu" (Muhammad ayat 29-30)

Dalam sebuah riwayat dikisahkan, merupakan perjalanan yang mengerikan bagi mereka yang suka menipu di akhirat nanti dengan melalui jambatan nereka yang lebih lembut dari helaian rambut. Tidak ada manusia yang mampu melaluinya kecuali atas pertolongan Allah. Bagi kaum munafik atau penipu, tatkala mereka menuju jambatan itu dan bersama-sama dengan kaum mukminin, mereka mendapatkan cahaya sebagaimana yang didapati oleh kaum mukminin itu. Nampak seakan-akan mereka turut melakukan solat, zakat, haji dan puasa. Namun di tengah jambatan itu, Allah mencabut cahaya-Nya. Mereka terdiam dan berdiri dalam keadaan bingung, tak mampu melanjutkan perjalanan. Mereka dipanggil oleh orang-orang mukmin supaya mendekatinya supaya mereka memperoleh cahaya, namun mereka tertinggal jauh. Lalu dikatakan kepada orang munafik atau penipu itu mundurlah ke belakang. Mereka pun mundur mencari cahaya yang hilang. Begitulah nasib bagi orang yang menipu

Kalau Orang Alim Menipu?

Jika seorang alim itu menipu padahnya adalah sangat besar kerana
"Kalau orang alim buat perkara yang harus, orang awam buat perkara yang makruh;
kalau orang alim buat perkara yang makhruh, orang awam buat perkara yang haram;
kalau orang alim buat perkara yang haram, orang awam akan terjerumus ke lembah kekufuran!"

Firman Allah SWT:
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun melainkan Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan”. Hud 113

Kebanyakkan Yang Menipu Itu Talam Dua Muka

Rasululllah s.a.w bersabda: " sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahannam ".

Kepada sahabat-sahabat saya yang dihina, dimarah, disakiti hatinya dan ditipu dalam usaha mencari rezeki yang halal, bersabarlah atas ujian Allah. Allah tidak akan menguji kita lebih dari yang mampu kita tanggung. Maka jika kita terpilih untuk melalui ujian ini tempuhlah dengan penuh redha dan tawaduk. Ingatlah akan janji Allah pada orang yang berbuat aniaya pada kita:-

Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, sama ada berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) dari orang itu, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika dia punya amal saleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya itu untuk ditanggungkan kepadanya." (H.R. Bukhari-Muslim)

Setiap perkara yang berlaku, baik buruk mahupun baik, ada hikmahnya. Andai kita gagal dalam usaha kita, mungkin ada hikmahnya. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita, lebih baik daripada perancangan manusia untuk diri sendiri.

Jika kita menjadi insan yang teraniaya atau disakiti oleh insan lain yang bergelar manusia, tidak kiralah siapa sekalipun insan itu, janganlah sesekali berasa dukacita.

Kerana, doa insan-insan yang teraniaya ini tidak ada hijab antara langit dan bumi. Ia akan sampai terus kepada Pencipta, dan dengan izinNya doa-doa tu pasti akan dimakbulkan, tidak kiralah siapapun kita.Berdoalah supaya orang yang menganiaya kita ini diberi Allah petunjuk dan hidayah.



Sunday, 11 March 2012

Minyak Penawar Munajat


Minyak Penawar Munajat
Berpandukan Al-Quran, hadis dan doa’ Minyak Penawar Munajat adalah diproses dengan menggunakan minyak zaitun berkualiti tinggi dan telah dibacakan 3 x 30 juzu' Al-Quran, Solat Hajat, Zikir Munajat, Ayat-ayat Rukyah, Laungan Azan dan Doa’-doa’ khusus.
Bacaan 3 x 30 juzuk Al-Quran serta kaedah diatas adalah dengan niat memohon kesejahteraan, kesembuhan serta disampaikan hajat-hajat  kebaikan yang  dirangkulkan dalam pelbagai doa’ memohon kepada Allah swt. Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan Tuhan yang menjadikan segala-galanya.

Alhamdulillah dengan berkat doa’ para hafiz dan beberapa orang ustaz disamping para pengguna juga terus memanjatkan doa memohon pelbagai hajat dan kesembuhan terus kepada Allah swt. dan berkat kehebatan mukjizat Al-Quran itu sendiri, telah ramai para pengguna yang mendapat pelbagai kesembuhan dari pelbagai penyakit zahir dan juga penyakit spiritual seperti gangguan jin, sihir, santau,saka dan lain-lain. Selain itu ramai juga pengguna yang telah melihat perubahan yang sangat positif dari sudut sikap anak-anak, suami, isteri atau ahli keluarga yang bermasalah. 

ELAKKAN DARIPADA DI LANGKAH

KAEDAH RAWATAN
Boleh dititiskan pada minuman sebelum minum.
◊Disapu pada nadi pergelangan kedua-dua tangan,  nadi kedua-dua lengan dan kening.
◊Boleh dititiskan pada air untuk direnjiskan ke dinding rumah bagi menjauhi gangguan Jin atau makhluk halus.
◊ Letakkan sedikit air dalam pinggan dan dititiskan beberapa titis Minyak Munajat. Letakkan kedua-dua tapak tangan pada air dalam pinggan dan disapu pada muka, tangan, dada atau seluruh badan sebagai seri wajah atau sebagai pendinding.
MAKLUMBALAS DARIPADA PENGGUNA
(Di sini tidak dinyatakan nama pengguna berkenaan
kerana
menjaga kehormatan dan aib seseorang)
1
Dengan berdoa kepada Allah swt. , ikhtiar dan usaha menggunakan minyak penawar munajat ini, seorang isteri akhirnya telah melihat perubahan yang ketara kepada suaminya yang  selama ini agak tidak bertanggung jawab, suka marah dan mengabaikan rumah tangga. Isteri tadi sentiasa berdoa dan menitiskan minyak penawar munajat ini kedalam makanan seperti kari, sup dan sayur-sayuran. Selain itu isteri tadi juga sering menitiskan sedikit pada air minuman seperti air teh, milo yang dibancuh pada jug atau teko untuk minuman keluarga.
2
Seorang ibu telah diberitahu oleh anak perempuannya yang tinggal di asrama bahawa dia sekarang tidak lagi mengalami hysteria kerana selalu menggunakan minyak penawar munajat pada minuman, disapu pada nadi pergelangan tangan dan disapu sedikit pada bahagian dada.
3
Seorang ibu muda mendapati anaknya yang berusia 2 tahun yang suka menangis apabila terjaga dari tidur pada tengah malam dan pernah menghantar ke klinik kesihatan tetapi doktor mengesahkan tidak ada apa-apa penyakit. Seorang ustaz mengesyorkan supaya ikhtiar dan berdoa kepada Allah swt. dengan menyapukan minyak penawar munajat di dada, nadi pergelangan tangan serta kening bayi tersebut apabila tidur malam. Dengan izin Allah swt. Bayi yang berumur 2 tahun tersebut dapat tidur nyenyak sehingga pagi dan tidak lagi menangis walaupun terjaga tengah malam.
4
Seorang peniaga warung / restoran makanan telah berikhtiar sambil berdoa kepada Allah swt. dan menggunakan minyak penawar munajat dengan menyembur atau merenjis minyak penawar munajat ini yang telah dicampur dengan air ke dinding, bahagian hadapan dan ke atas meja-meja serta bangku dalam warung / restoran miliknya. Akhirnya beliau mendapati perniagaannya yang semakin susut telah mula menampakkan kemajuan dan ramai dikunjungi pelanggan
5
Seorang wanita dari Kemaman yang mengalami masalah selalu pening kepala, tidak bertenaga dan kurang selera makan, telah berikhtiar mengunakan minyak penawar dengan menitiskan pada minuman, disapu pada dada, nadi pada lengan & pergelangan tangan. Akhirnya wanita tersebut telah mengalami rasa panas bermula dari bahagian kaki dan naik ke badan serta bahagian kepala. Beliau terus mengulangi berikhtiar dengan minyak penawar munajat dan pada hari kedua beliau muntah dan keluar cecair pekat berwarna hijau. Selepas peristiwa itu beliau merasakan kesihatannya telah beransur baik, bertenaga dan sihat sehingga sekarang. (Wanita tersebut berkemungkinan dipercayai terkena santau)
6
minyak penawar munajat ini amat mustajab untuk minda kanak-kanak disamping doa dari kedua ibu bapa untuk merangsang hafalan, tumpuan atau konsentrasi pada pelajaran. Untuk melihat hasil yang berkesan penggunaannya hendaklah berterusan dan banyakkan berdoa dan memohon pada Allah swt. (Minyak munajat ini akan digabungkan dengan produk minda yang lain untuk kesan yang lebih efektif – Pn Soraiya dr Syafia Complimentary Therapy)

DAPATKAN MINYAK MUNAJAT INI PERCUMA DENGAN SETIAP PEMBELIAN WANGIAN PENAWAR AS SAKEENAH 10ML, AURA PERFUME, KASTURI PENGANTIN DAN KASTURI ZAFARAN


Minyak Serbaguna Morhabshi


Apa itu Morhabshi?
Menurut Wikipedia: Morhabshi (English: Myrrh) merupakan bahan resin berwarna merah keperangan, diambil daripada getah kering pokok Commiphora Myrrha. Tumbuhan ini juga tumbuh di negara Somalia dan bahagian timur Ethiopia. Bahan getah beberapa spesies Commiphora dan Balsamodendron lain turut dikenali sebagai Morhabshi (myrrh), termasuk dari C. erythraea (kadang kala dikenali sebagai Morhabshi India Timur (East Indian myrrh), C. opobalsamum dan Balsamodendronkua.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional
Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.
Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya. Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).
Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.
Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Siapa Pengasas Minyak Herba Morhabshi?
Beliau adalah Ustaz Dr. (H) Haji Abdul Hamid Haji Ahmad, Pensyarah di Maahad Tarbiah Islamiyah Derang, Kedah. Selain ulama dan pendakwah, beliau amat cenderung dalam praktik perubatan alternatif meliputi kaedah perubatan Islam (doa & ayat Al-Quran), perubatan Melayu tradisional, perubatan berasaskan herba, dan kaedah perubatan homeopathy. Malah salah satu tugas beliau di maahad tersebut ialah bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan di situ.


Berikut adalah penyakit yang dikenalpasti sering disembuhkan menggunakan Minyak Morhabshi:
1.       histeria
2.       dirasuk syaitan
3.       sihir (buatan orang)
4.       santau
5.       bayi 'diganggu'
6.       bayi 'kembung'
7.       sawan tangis
8.       pusat bayi (agar mudah tanggal)
9.       batuk
10.    lelah/asma

11.    sakit gigi
12.    senak
13.    cirit birit
14.    kanser (lihat testimoni kami berkenaan pesakit barah hati)
15.    kayap
16.    kurap
17.    gatal-gatal (termasuk celah jari kaki & pangkal paha)
18.    jerawat batu (termasuk bisul kecil pada muka)
19.    kudis
20.    bisul
21.    melecur terkena api atau air/minyak panas
22.    gigitan serangga & binatang bisa
23.    lenguh
24.    terseliuh
25.    simpul biawak (krem)
26.    sakit kepala
27.    mabuk-mabuk & meloya
28.    muntah.


Testimoni

Gangguan makhluk halus  Rosli Bin Hj Md Darus - Pahang
Salam,saya sangat berpuas hati dgn minyak Morhabshi ini kerna dia membantu saya utk perubatan yg saya lakukan,sebelum ini saya menggunakan aura serta ayat2 Al'Quran utk menghalau makhluk halus tapi setelah saya menggunakan minyak ini lebih mudah lg bagi saya utk menghalaunya,rupa2nya makhluk halus ini takut juga dgn miyak morhabshi yg saya letakkan pada tubuh pesakit..bukan itu saja dia juga boleh merawat luka yg terkena benda yg tajam..saya berpuas hati dgn myk Morhabshi ini,terima kasih pd cikgu Azman kerna sudi memberi peluang pada saya utk menggunakan..myk morhabshi ini adalah myk serbaguna yg mana setiap rumah harus ada sebotol begitu juga didlm kenderaan kita..wassallam..
Sakit Tulang Bahu,Pinggang Dan Kaki. kHuzaiMie Mansur Jitra,Kedah (0126179128)
Sejak kecil lagi saya menggunakan minyak morhabshi sampai skrg.. Tahun 2000 Saya terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan Tulang belakang bahu dan pinggang   saya sengal² dan saya menggunakan minyak morhabshi tiap² hari, telah pulihkan semula. Pinggang sya mengalami retak otot yang perlu memakan vitamin dan ubat sepanjang hayat. kaki kiri saya pula(food drop)atau kurang upaya sepauh kekal dan tak berfungsi. hampir 6bulan kaki sya membengkok dan xdapat lurus dengan sempuna.. Doc. kata kalau buat operation 50-50 sama ada sembuh atau terus lumpuh.. saya menggunakan minyak morhabshi dan alhamdulillah kembali lurus dan boleh berjalan semula sampai hari ini..
Stroke dan Kebas Sebelah Badan Normala Binti Md Desa - Pulau Pinang
Nama : Normala Binti Md Desa Alamat : No 34,Lorong Mahsuri 4,Taman Mahsuri,11950,Bayan Baru,P.Pinang Telepon : 0135167414 Blog: http://cikgumala.blogspot.com Saya telah mengalami kemalangan jalanraya pada awal Mei lalu yang menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala dan kesan dari kecederaan itu saya telah mengalami kebas dan lemah pada separuh dari tubuh saya sebelah kanan, dan setelah merujuk pada pakar dinyatakan saya menghidapi serangan strok TIA yang menyebabkan kesakitan dan kebas beberapa kali dalam tempoh 24 jam. Pada petang 24 Julai yang lalu saya menerima pesanan minyak morhabshi dan terus menggunakannya dengan mengurut bahagian sebelah badan yang kebas. Subhanallah...selepas solat Maghrib kesan kebas pada bahagian badan saya terasa beransur kurang. Sehingga kini saya teruskan rawatan mengurut sendiri bahagian badan saya dengan minyak Morhabshi. Kesan kebas dan lemah terasa berkurangan dan saya akan menjalani ujian ct scan pada 29 Julai ini mengikut jadual temu janji dengan doktor dan tak sabar untuk mengetahui perkembangannya.
BARAH HATI samsudin bin ibrahim - terengganu
saya adalah pengamal perubatan tradisional. baru-baru ini saya dikunjungi pesakit barah hati yang kronik!! terlintas dihati saya ingin mencuba kemujarapan minyak morhabsi!!! lantas saya menyuruh pesakit tersebut menggunakan minyak tersebut dengan menitikkan minyak morhabshi lima titik kedalam air suam kemudian diminum airnya 3x sehari. ALHAMDULILLAH...nampak amat ketara perubahannya selepas 2 minggu dia mengamalkan seperti yang saya anjurkan, sehingga DOKTOR merasa hairan!!!
Bayi menangis maghrib Norazhar - Selangor
Pada suatu petang saya mendengar bayi jiran saya menangis tak henti-henti. Saya segera melihatnya dan membawa minyak morhabshi. Mata bayi itu terbeliak sambil memandang ke atas. Saya menyuruh suami jiran saya itu menyapu minyak ini ke ubun-ubun, belakang telinga, tengkuk, dan sendi-sendi bayinya sambil membaca selawat. Alhamdulillah, bayi itu terus diam.
asma/lelah Saiful Anuar - Selangor
Saya ok. Tapi ada kakak di ofis saya mengadu anaknya yang berumur 6 tahun sudah beberapa kali diserang lelah. Baru lagi agaknya. Oleh kerana saya pernah membeli minyak morhabshi 5 botol, saya berikan pada akak tu sebotol. Beberapa hari slps tu akak tu bgtau asma anaknya dah kurang. Sekarang, sy jadi tukang order minyak morhabshi (agen sukarela) utk rakan-rakan ofis. ps: program ni? pucuk dicita ulam yang datang...
DAN BANYAK LAGI TESTIMONI.......
DAPATKAN MINYAK MORHABSHI HARI INI!
PERCUMA DENGAN PEMBELIAN WANGIAN PENAWAR AS SAKEENAH 5ML


Saturday, 10 March 2012

Promosi Wangian Penawar


DENGAN SETIAP PEMBELIAN WANGIAN PENAWAR 7 JUZUK AYAT ALQURAN:-
  •     AS SAKEENAH 5ML
  •     AS SAKEENAH 10ML
  •     AURA PERFUME WANITA 2 X 5ML (10ML)
  •     AURA PERFUME LELAKI  2 X 5ML(10ML)
  •     KASTURI PENGANTIN 


PEMBELI AKAN DIBERI  PERCUMA SALAH SATU DARIPADA PRODUK:


30ml Minyak Serbaguna Morhabshi







ATAU



Minyak Penawar Munajat








UNTUK BELIAN MINYAK PENAWAR KASTURI/ZAFARAN YANG DIIMPOT DARI MEKAH DGN BACAAN 30 JUZUK ALQURAN DAN DOA2 PILIHAN, PEMBELI AKAN MENDAPAT  BARANGAN PERCUMA 30ml Minyak Serbaguna Morhabshi dan Minyak penawar Munajat BERNILAI RM30

TAWARAN SAH SEMENTARA STOK MASIH ADA. 



Keistimewaan Wangian Penawar As Sakeenah


APAKAH KEISTIMEWAAN WANGIAN PENAWAR AS SAKEENAH?

·        Wangian terpilih tanpa alkohol yang suci berasaskan ekstrak bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan dan telah di doakan  dengan Bacaan 7 surah Al-Quran ( Surah Yassin, Surah Al- Waqiah, Surah Ar-Rahman, Surah Al-Mulk, Surah Toha, Ayat Seribu Dinar dan Surah-surah 3 Qul.
·        Minyak wangi yang tiada mengandungi alkohol ini sesuai untuk tujuan penyembuhan atau membuat ubat. (Allah telah mengilhamkan sebahagian daripada nabi-nabiNya bagaimana mengeluarkan pati bunga atau roh bunga dari bunga, dan ilmu ini ada tersimpan dalam ilmu kaum Sufi).
·        Menurut Imam Syafie r.a bahawa antara perkara yang dapat menguatkan jasmani adalah mencium bau-bauan yang wangi (seperti kasturi).Bau wangian penawar As Sakeenah  harum dan setaraf dengan haruman wangian moden di pasaran.
·        Ia boleh digunakan sebagai ikhtiar secara Perubatan Islam. Dengan izin Allah, ia merupakan haruman serta perisai diri dari gangguan sihir dan jin, InsyAllah. Juga sebagai ikhtiar rawatan gangguan makhluk halus dan sihir.
·        Wangian Kasturi Pengantin boleh digunakan sebagai ikhtiar untuk bertemu dan mendekatkan jodoh, menaikkan seri muka dan mengeratkan hubungan suami & isteri serta murah rezeki melalui bacaan ayat Seribu Dinar dan Surah Al-Waqiah.
·        Wangian Penawar As Sakeenah bertugas sebagai “mendiagnos” penyakit atau kehadiran makhluk halus dalam badan. Jangan terperanjat jikalau setelah menggunakannya, anda mendapati ada rambut atau bulu halus, kekotoran, lendir, jarum emas, kepingan halus besi dalam wangian tersebut. Jikalau ada terbit rambut  dalam wangian tersebut, ini menandakan anda telah disihir. Kami telah menjumpai beberapa kes sihir yang melibatkan seisi keluarga dimana setiap ahli keluarga yang memakainya terdapat bermacam macam jenis rambut dan bulu halus dalam wangian masing-masing.

LEBIH AFDAL LAGI SEKIRANYA PENGGUNA MEMBACA, MEMAHAMI DAN MENGAMALKAN AYAT-AYAT AL-QURAN tersebut  – satu amalan yang besar ganjarannya dan membawa kejayaan di dunia dan akhirat.

Wangian Kesukaan Para Nabi


Wangian Dari Bunga dan Kayu Kesukaan Para Nabi
Begitu ramai para nabi yang diutuskan keplanet bumi mempunyai roh yang sama namun bentuk badan,warna kulit dan bahasa mereka berbeza. Allah telah menjadikan mereka Roh kenabian yang berasal dari Nurullah (Cahaya Allah).Diceritakan yang roh itu terlalu terang dan membakar sinarnya hingga ia berpeluh, jadi dari peluh itu menjadi roh bunga ros. Inilah asal sebenarnya ilmu aromaterapi (cara penyembuhan penyakit melalui penggunaan bau). Para nabi menggunakan bunga-bungaan dan minyaknya sebagai bahan penyembuh.

Ada orang yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah mempunyai ramai pengikut ketika berjalan kerana memunggut titisan peluh baginda.Mereka dapati peluh baginda semerbak baunya lebih harum dari bau bunga sebab peluh baginda wangi.Sebab peluh itu wangi kerana peluh itu mengandungi zat rohnya. 

Roh atau zat bunga boleh dikeluarkan dengan berbagai cara seperti menekan bunga itu hingga keluar minyak atau dengan menyuling air melalui kelopak bunga atau dengan mencampurkan minyaknya dengan minyak asas (base oil).Kalau kita mencampurkan alkohol pada zat bunga itu akan membunuh zat bunga oleh itu, minyak wangi yang bercampur alkohol tidak disukai oleh para ulama atau ahli sufi.Banyak tempat ibadat orang ulama atau sufi atau wali Allah misalnya di Pakistan dimana dibilik uzlahnya dibacakan ayat-ayat suci al-quran pada bunga ros.Mereka mengutip mengutip bunga-bunga tadi sambil membaca zikir dan bunga itu dikeringkan dalam bilik khas bersama ribuan naskah al-quran dan dikhabarkan disitu (Pakistan) itu terdapat empat al-quran yang tertua wujud sejak zaman Saidina Uthman r.a. Cara mengunakan minyak dari bungaan ini ialah dengan mengosok sedikit minyak ditangan kanan dan tapak tangan.Kemudian minyak digosok keseluruh janggut dan dagu dan seterus menyapu pada semua pergelangan tangan.Bagi kita yang mengalami gangguan mental hendaklah dititiskan setitik dua diatas putik kapas dan kemudian sapukan pada dipelenggar telinga (bukan dalam telinga).

Selain dari bunga ros wangian juga boleh kita perolehi iaitu kasturi yang dinyatakan dalam hadis Nabi Muhammmad s.a.w bahawa baginda amat suka memakai bauan kasturi.Minyak kasturi tulin didapati dari kelenjar sejenis rusa yang mana sifatnya panas dan kering, ada orang tidak sukan wangian kasturi kerana asalnya dari binatang.Kasturi dikatakan boleh menyembuhkan sakit pada jasmani dan penyakit-penyakit jantina. Wangi Myrrh ialah getah atau damar yang baunya agak pahit yang diperolehi dari pokok renik yang digunakan untuk buat kemeyan dan minyak wangi.Myrrh bersifat panas dan kering yang digunakan oleh Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s untuk perubatan. Tentang myrrh dapat kita cari dalam al-Quran yang boleh menyembuh penyakit.Pokok ini boleh didapati diTunisia dan Maghribi adalah yang paling bermutu. Bunga melur pula bersifat sejuk dan kering ,sifat bunga melur adalah sejuk tapi zat minyaknya panas, bunga melur amat digemari oleh ahli sufi atau wali yang banyak diTurki. Minyak melur akan membolehkan kita meningkatkan perasaan (mood) dan mengurangkan tekanan mental.

Petikan Dari: Dr Aminudin Abdul Karim.
Rujukan: Kitab Ilmu Perubatan Kesufian Sheikh Hakim Moinuddin Chishti