Menipu
merupakan pekerjaan dosa besar, kerana sifat ini merupakan sifat yang paling
menonjol yang dimiliki oleh orang munafik.
Rasulullah
SAW bersabda maksudnya: "Tanda-tanda
orang munafik itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta, apabila
berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka
khianat". (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Balasan
bagi orang suka menipu serta tidak amanah ataupun tergolong dalam orang munafik
ini sangat pedih di akhirat nanti. Sekalipun orang munafik atau menipu orang
itu sentiasa merahsiakan sifat kemunafikannya, Allah adalah Zat Yang Maha Tahu
akan membongkar kesalahannya di hadapan orang-orang Islam apa yang selama ini
tersimpan dalam hatinya.
Allah
berfirman maksudnya: "Atau apakah
orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahawa Allah tidak akan
menampakkan kedengkian mereka? dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tunjukkan
mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka kiasan-kiasan
perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu" (Muhammad
ayat 29-30)
Dalam
sebuah riwayat dikisahkan, merupakan perjalanan yang mengerikan bagi mereka
yang suka menipu di akhirat nanti dengan melalui jambatan nereka yang lebih
lembut dari helaian rambut. Tidak ada manusia yang mampu melaluinya kecuali
atas pertolongan Allah. Bagi kaum munafik atau penipu, tatkala mereka menuju
jambatan itu dan bersama-sama dengan kaum mukminin, mereka mendapatkan cahaya
sebagaimana yang didapati oleh kaum mukminin itu. Nampak seakan-akan mereka
turut melakukan solat, zakat, haji dan puasa. Namun di tengah jambatan itu,
Allah mencabut cahaya-Nya. Mereka terdiam dan berdiri dalam keadaan bingung,
tak mampu melanjutkan perjalanan. Mereka dipanggil oleh orang-orang mukmin
supaya mendekatinya supaya mereka memperoleh cahaya, namun mereka tertinggal
jauh. Lalu dikatakan kepada orang munafik atau penipu itu mundurlah ke
belakang. Mereka pun mundur mencari cahaya yang hilang. Begitulah nasib bagi
orang yang menipu
Kalau Orang
Alim Menipu?
Jika
seorang alim itu menipu padahnya adalah sangat besar kerana
"Kalau orang
alim buat perkara yang harus, orang awam buat perkara yang makruh;
kalau orang
alim buat perkara yang makhruh, orang awam buat perkara yang haram;
kalau orang
alim buat perkara yang haram, orang awam akan terjerumus ke lembah kekufuran!"
Firman
Allah SWT:
“Dan janganlah kamu cenderung kepada
orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali
kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun melainkan Allah, kemudian kamu
tidak akan diberi pertolongan”. Hud 113
Kebanyakkan
Yang Menipu Itu Talam Dua Muka
Rasululllah
s.a.w bersabda: " sejahat-jahat
manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa
bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah
dari lidah api neraka jahannam ".
Kepada
sahabat-sahabat saya yang dihina, dimarah, disakiti hatinya dan ditipu dalam
usaha mencari rezeki yang halal, bersabarlah atas ujian Allah. Allah tidak akan
menguji kita lebih dari yang mampu kita tanggung. Maka jika kita terpilih untuk
melalui ujian ini tempuhlah dengan penuh redha dan tawaduk. Ingatlah akan janji
Allah pada orang yang berbuat aniaya pada kita:-
Dari
Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat
aniaya kepada saudaranya, sama ada berupa kehormatan badan atau harta atau
lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) dari orang itu, sebelum
datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika dia punya amal
saleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai
hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya itu
untuk ditanggungkan kepadanya." (H.R. Bukhari-Muslim)
Setiap
perkara yang berlaku, baik buruk mahupun baik, ada hikmahnya. Andai kita gagal
dalam usaha kita, mungkin ada hikmahnya. Allah ada perancangan yang lebih baik
untuk kita, lebih baik daripada perancangan manusia untuk diri sendiri.
Jika
kita menjadi insan yang teraniaya atau disakiti oleh insan lain yang bergelar
manusia, tidak kiralah siapa sekalipun insan itu, janganlah sesekali berasa
dukacita.
Kerana,
doa insan-insan yang teraniaya ini tidak ada hijab antara langit dan bumi. Ia
akan sampai terus kepada Pencipta, dan dengan izinNya doa-doa tu pasti akan
dimakbulkan, tidak kiralah siapapun kita.Berdoalah supaya orang yang menganiaya
kita ini diberi Allah petunjuk dan hidayah.
No comments:
Post a Comment