Wangian Dari Bunga dan Kayu Kesukaan Para Nabi
Begitu ramai
para nabi yang diutuskan keplanet bumi mempunyai roh yang sama namun bentuk
badan,warna kulit dan bahasa mereka berbeza. Allah telah menjadikan mereka Roh
kenabian yang berasal dari Nurullah (Cahaya Allah).Diceritakan yang roh itu terlalu terang
dan membakar sinarnya hingga ia berpeluh, jadi dari peluh itu menjadi roh bunga
ros. Inilah asal sebenarnya ilmu aromaterapi (cara penyembuhan penyakit melalui penggunaan bau). Para nabi menggunakan bunga-bungaan dan
minyaknya sebagai bahan penyembuh.
Ada orang yang menceritakan bahawa Nabi
Muhammad s.a.w telah mempunyai ramai pengikut ketika berjalan kerana memunggut
titisan peluh baginda.Mereka dapati peluh baginda semerbak baunya lebih harum
dari bau bunga sebab peluh baginda wangi.Sebab peluh itu wangi kerana peluh itu mengandungi zat rohnya.
Roh atau zat bunga boleh dikeluarkan
dengan berbagai cara seperti menekan bunga itu hingga keluar minyak atau dengan
menyuling air melalui kelopak bunga atau dengan mencampurkan minyaknya dengan
minyak asas (base oil).Kalau kita mencampurkan alkohol pada zat bunga itu akan
membunuh zat bunga oleh itu, minyak wangi yang bercampur alkohol tidak disukai
oleh para ulama atau ahli sufi.Banyak tempat ibadat orang ulama atau sufi atau
wali Allah misalnya di Pakistan dimana dibilik uzlahnya dibacakan ayat-ayat suci
al-quran pada bunga ros.Mereka mengutip mengutip bunga-bunga tadi sambil
membaca zikir dan bunga itu dikeringkan dalam bilik khas bersama ribuan naskah
al-quran dan dikhabarkan disitu (Pakistan) itu terdapat empat al-quran yang
tertua wujud sejak zaman Saidina Uthman r.a. Cara mengunakan minyak dari
bungaan ini ialah dengan mengosok sedikit minyak ditangan kanan dan tapak
tangan.Kemudian minyak digosok keseluruh janggut dan dagu dan seterus menyapu
pada semua pergelangan tangan.Bagi kita yang mengalami gangguan mental
hendaklah dititiskan setitik dua diatas putik kapas dan kemudian sapukan pada
dipelenggar telinga (bukan dalam telinga).
Selain dari bunga
ros wangian juga boleh kita perolehi iaitu kasturi yang dinyatakan dalam hadis
Nabi Muhammmad s.a.w bahawa baginda amat suka memakai bauan kasturi.Minyak
kasturi tulin didapati dari kelenjar sejenis rusa yang mana sifatnya panas dan
kering, ada orang tidak sukan wangian kasturi kerana asalnya dari
binatang.Kasturi dikatakan boleh menyembuhkan sakit pada jasmani dan
penyakit-penyakit jantina. Wangi Myrrh ialah getah atau damar yang baunya agak
pahit yang diperolehi dari pokok renik yang digunakan untuk buat kemeyan dan
minyak wangi.Myrrh bersifat panas dan kering yang digunakan oleh Nabi Musa a.s.
dan Nabi Isa a.s untuk perubatan. Tentang myrrh dapat kita cari dalam al-Quran
yang boleh menyembuh penyakit.Pokok ini boleh didapati diTunisia dan Maghribi adalah
yang paling bermutu. Bunga melur pula bersifat sejuk dan kering ,sifat bunga
melur adalah sejuk tapi zat minyaknya panas, bunga melur amat digemari oleh
ahli sufi atau wali yang banyak diTurki. Minyak melur akan membolehkan kita
meningkatkan perasaan (mood) dan mengurangkan tekanan mental.
Petikan Dari: Dr Aminudin Abdul Karim.
Rujukan: Kitab Ilmu Perubatan Kesufian Sheikh Hakim Moinuddin Chishti
No comments:
Post a Comment