Wednesday, 29 February 2012

Doa ketika ditimpa musibah


·  Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan,

·  Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang,

... sesungguh DIA lah pemberi segala, kerana segalanya kepunyaanNYA.

saat ditariknya nikmat yang ada, DIA sedang mengaturkan untuk KITA sesuatu yang lebih berharga....

jangan bersedih, Allah s.w.t...telah mengaturkan sesuatu untuk kita jika kita sentiasa berdoa padaNYA..dan berbuat baik selalu....

Sekiranya kita ditimpa musibah, tempat yang paling baik kita mengadu ialah kepada Allah SWT. Kita bangun malam, bersolat tahajud. Kemudian menangis dan merintih kepada Allah kerana Dialah sebaik-baik tempat pengaduan. Kita mesti yakin Dia sahaja yang dapat menolong. Oleh itu, apabila ditimpa musibah, sebutlah seperti apa yang Allah firmankan di dalam Al Quran iaitu orang-orang yang ditimpa musibah mengucapkan:
Maksudnya:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.” (Al Baqarah 02:156)


Nabi juga berpesan jika ditimpa musibah, supaya ditambahkan pula dengan doa:


Maksudnya :
Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (pada hari kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan lebih baik(dari musibahku).”

Tuesday, 28 February 2012

Relakan Perpisahan Itu Demi Cinta


Kadangkala aku sendiri kebingungan. Bila ditusuk soalan demi soalan. Bagi yang telah merasa cinta… Bagi yang belum merasanya. Cinta tidak habis-habis diperkatakan, walaupun telah berkali-kali aku pesankan bahawa cinta itu bukan Tuhan!


Dulu aku pernah mengingatkan diri sendiri, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Namun, mengapa hati masih tidak mahu percaya? Kekadang, jalan berapi ditempuh jua. Ah, bujukan nafsu terlalu melulu. Sudah terantuk baru terngadah. Sudah berdarah, baru berubah.


Pada remaja yang terus bertanya… Pada 'retua’ yang terus meminta… satu kepastian, satu panduan… terus-terang kukatakan aku sendiripun terus bertanya dan terus meminta. Tidak mungkin aku memberikan apa yang aku tidak punya! Tetapi itu bukan alasan untuk menyerah. Mencari dan terus mencari, itulah yang lebih berharga. rasa belum memiliki adalah modal terpenting untuk memiliki cinta… cinta Allah.


Itulah cinta pertama dan cinta utama. Walaupun sudah berkali-kali kalimah itu disebutkan, tetapi yang mendengar cuma telinga dan akal, bukan jiwa dan hati. Hati masih tuli… Jiwa masih alpa… Bila dia berani berkata dan merasa, cinta yang dicari lebih baik daripada cinta yang ditemui!
Pada sahabatku yang selalu berkongsi lewat sms dan email, pada saudara/i yang terus meluahkan cerita dan berita melalui wadah Gentarasa ini, sudi apalah kiranya berhenti sejenak dalam kelelahan bercinta. Mari kita istirehatkan hati dengan…



Relakanlah perpisahan itu demi cinta


Pernahkah kita terasa tiba-tiba sahaja seolah-olah tidak mengenali pasangan kita? Mengapa dia menjadi “manusia lain”? Seakan-akan kita belum pernah mengenalinya walaupun telah berumahtangga sekian lama. Jika kita pernah mengalami perasaan itu, jangan terkejut. Ia adalah perkara biasa. Bukan sesuatu yang luar biasa.

Itu semua gara-gara warna sebenar (true colours) pasangan kita mula terserlah. Satu demi satu wataknya yang tersirat mula tersurat. Mengikut kajian pakar perkahwinan, hanya setelah usia lima tahun perkahwinan, barulah masing-masing (suami dan isteri) mengeluarkan semua sikap dan perangai mereka yang tersembunyi. 



Pernah kita baca di dada akhbar  bagaimana kelohan seorang isteri yang telah disimbah asid oleh suaminya. Katanya, “setelah tiga bulan berkahwin barulah saya sedar bahawa suami saya sebenarnya seorang yang panas baran.” Ironinya, mungkin pasangan itu telah bercinta (berpacaran) tiga tahun sebelum mereka berkahwin. Bayangkan, tiga tahun bercinta tanpa mengenal diri kekasih yang sebenar. Benarlah cinta itu buta.


Cinta kerana nafsu memang buta. Kita dikelabui oleh daya tarikan fizikal sehingga tidak punya mata hati dan akal untuk mengenal siapa yang kita cintai dengan tepat dan betul. Selama tiga tahun bercinta mungkin yang kita ‘gunakan’ cuma nafsu dan emosi bukan fikiran dan hati. Al hasil, setelah tabir perkahwinan mula diangkat, tabir percintaan pun berlabuh. Realiti tidak seindah ilusi. Kenyataan berbeza sungguh daripada impian.   


Masa bercinta, warna sebenar – true colours pasangan kita tidak akan ketara. Dia boleh bermuka-muka dan rela mengikut selera, minat dan jalan hidup kita. Dan kita juga rela mengikut segala kehwendaknya. Kita dan dia mabuk cinta! Namun semakin lama berumah-tangga, maka semakin ketara kelemahan dan kekurangan. Apakah dia umpama bulan yang dipuja dikejauhan oleh Sang sastrawan tetapi botak dan berlopak di mata seorang angkasawan?



Pada tahap ini, ramai yang mula menyesali diri. Mengapa dia yang ku pilih? Tanpa sedar bahawa pada masa yang sama, dia juga mungkin berbisik mengapa kita yang dipilihnya? Inilah bibit-bibit yang boleh meruntuhkan sebuah rumahtanga. Yang nekad, rela berpatah arang lalu menempuh jalan penceraian. Yang penakut, menunggu dengan resah memendam perasaan… tanpa ada lagi keceriaan.


Manusia adalah makhluk yang sentiasa berubah. Ia punya hati yang sangat konsisten untuk berbolak-balik. Bila hati berubah, fikiran dan tingkah laku juga akan berubah. Untuk kita mengenal manusia (termasuk pasangan kita) kita terpaksa mengenali perubahan itu. Ah, ini suatu yang sangat sukar. Masakan tidak, untuk mengenal hati sendiripun acapkali kita tidak mampu… inikan pula hati orang. Sukar diduga dan ditebak.

Akibatnya, ramai orang yang berkahwin dengan orang yang ‘tidak dikenalinya’. Bukan rupa zahirnya tetapi wajah batinnya. Disangka permata, rupanya kaca. Cuaca rumah tangga mula berubah. Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Situasi inilah yang banyak berlaku dalam rumahtangga kini hingga menyebabkan (mengikut kajian) setiap lima belas minit berlaku satu penceraian!    

Apakah cara mengenal manusia yang serba kompeks ini? Bagaimana menentukan dengan pasti bahawa pasangan yang bakal kita pilih itu baik orangnya? Ya, ada tiga cara:



1. Jadi orang baik.
Maksudnya, kita sendiri cuba sedaya upaya menjadi orang yang baik, Insya-Allah kita akan dikurniakan orang yang baik sebagai pasangan hidup kita. Ini janji Allah. Menjadi orang yang baik perlu diutamakan berbanding ‘mencari’ orang yang baik. Ia lebih mudah kerana menjadi orang baik bermula dengan diri sendiri.

Perlu diingat, janji mendapat pasangan yang baik bagi orang yang baik, bukan hanya berlaku pada awal perkahwinan. Mungkin pada awalnya pasangan orang yang baik itu belum begitu baik namun berkat didikannya, pergaulannya dan doanya maka pasangannya  itu berubah menjadi baik selepas mereka berkahwin.


Jadi, jangan putus asa sekiranya pada awal perkahwinan kita lihat pasangan kita belum benar-benar baik seperti yang kita harapkan. Sebaliknya, teruskan usaha untuk menjadi orang yang baik sambil mendidik dan mendoakan pasangan kita itu. Ingat, setelah berkahwin dengan kita, pasangan kita itu adalah cerminan akhlak dan keperibadian kita. Siapa mereka sebelum berkahwin dengan kita kurang penting berbanding siapa mereka setelah berkahwin dengan kita.


Justeru, tidak kira siapa dia sebelum berkahwin dengan kita, tetapi sebagai suami atau isteri kita komited untuk merubah diri kita sendiri terlebih dahulu seiring usaha merubah dirinya. Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, kita perlu suka dengan apa yang kita dapat. Caranya, ialah dengan merubah diri kita terlebih dahulu, dan insya-Allah perubahan itu akan merubah pasangan kita ke arah yang sama.   

2. Ikut pilihan orang baik.
Ada orang yang menyerahkan hak membuat pilihan kepada orang-orang yang dianggapnya sangat baik dalam hidup ini. Mereka meminta ibu-bapa, ustaz-ustaz, ulama-ulama atau sesiapa sahaja yang dianggap baik untuk memilih jodoh buat mereka. Mereka pasrah dan menyerah sahaja. Tetapi dengan satu keyakinan: Orang yang baik pasti akan memilih orang yang baik sebagai pasangannya.


Ibu-bapa, para ulama dan orang yang baik-baik sekali-kali tidak akan menganiayai kita dengan memilih orang yang ‘jahat’ sebagai pasangan hidup kita. Kaedah ini telah dipraktikan oleh anak-anak muda zaman dahulu yakni ketika nilai-nilai agama belum dicabar oleh nilai Barat yang kononnya menyanjung hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.


Pada pilihan orang yang baik, ada keberkatannya. Walaupun tidak ada cinta sebelum berkahwin, tetapi cinta selepas berkahwin jauh lebih suci dan indah. Cuba kita renungkan, betapa seringkali rumah tangga ibu-bapa yang berkahwin mengikut pilihan orang tuanya   lebih kekal dan harmoni berbanding rumah tangga anak-anaknya yang kononnya berkahwin atas dasar cinta.  


Inilah kaedah yang dipraktikan oleh Zainab yang berkahwin dengan lelaki yang menjadi pilihan bapanya (Rasululllah saw). Zainab akur atas pilihan itu kerana yakin akan sifat kasih sayang, amanah dan kebijaksanaan ayahnya. Dia yakin hanya orang baik (Rasulullah saw) mampu mengenal orang baik dan memilih orang baik sebagai pasangan hidup anaknya.    


Justeru, sekiranya kita terlalu sukar untuk mengenali seseorang secara tepat, maka serahkan sahaja tugas itu kepada orang yang lebih arif untuk mengenalnya. Jangan cuba membuat penilaian sendiri… Bermuzakarahlah dengan orang yang baik-baik dan dirikan solat istikharah – pinta petunjuk daripada Allah setelah pilihan itu diserahkan ke tangan kita. Tidak akan kecewa orang yang bermuzakarah dan beristikharah!



3. Cintai Allah yang Maha Baik.
Kita tekad sahaja untuk mencintai Allah. Jangan pandang cinta manusia lagi. Buru cinta yang utama dan pertama (cinta Allah), insya-Allah cinta kedua, ketiga akan memburu kita. Apabila kita mencintai Allah, Allah akan mencintai kita dan bila Allah telah mencintai kita, semua orang yang mencintai Allah akan turut mencintai kita. Rasulullah saw telah bersabda: 


“Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia.” Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” (Hadis Riwayat Bukhari)




Untuk mencintai Allah, kita wajib mencintai Rasulullah saw. Antara langkah-langkah menyintai Rasulullah saw itu adalah dengan banyak berselawat kepadanya, menegakkan sunahnya, menziarahi makamnya dan lain-lain lagi. Ini adalah ubat yang mujarab bagi isteri yang dikecewakan suami atau suami yang dipinggirkan oleh isteri. Jangan menagih cinta makhluk sampai kita derita dan sakit hati dibuatnya. Merajuk pada yang kasih, merayu pada yang sudi… Siapa lagi yang terus kasih dan sudi mencintai kita ketika semuanya telah berpaling kecuali Allah?


Ya, burulah cinta itu.Cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku, justeru tapak cinta itu di hati, bukan lagi di ‘body’. Biarlah cinta pasangan kita berubah (walaupun kita terus berdoa agar tidak begitu), tetapi kita tidak akan berubah daripada menyintai Allah.


Yakinlah jika pasangan kita juga menyintai Allah, pasti dia dan kita akan disatukan-Nya semula. Jika tidak, relakanlah perpisahan itu. Jangan bersedih, kerana sesuatu yang tidak memanfaatkan pasti tidak boleh memudaratkan!  


Ustaz Pahrol Mohd Juoi merupakan seorang penulis buku, artikel, lirik nasyid dan juga skrip. Salah satu buku karangan beliau adalah 'Tentang Cinta.' Penulis kelahiran Ipoh, Perak ini merupakan seorang master trainer untuk syarikat Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. dan juga ketua editor majalah Solusi terbitan syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd




Monday, 27 February 2012

Tentang Saffron/Zafaran


Kasturi Zafaran As Sakeenah merupakan kombinasi bahan tumbuhan herba Zafaran dan wangian kasturi  sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. Zafaran (Saffron) atau nama saintifiknya Crocus Sativus adalah sejenis tumbuhan herba yang hanya boleh didapati di beberapa buah negara sahaja iaitu di Iran dan Sepanyol serta sedikit ditanam di Kashmir. 

TENTANG SAFFRON

Saffron berasal dari perkataan Arab bermaksud kuning ( yellow ), sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi adalah antara khazanah alam termahal di dunia. herba yang digelar 'Emas Padang Pasir' (Gold of the Desert) juga dikenali sebagai 'Spice King', 'Spice Queen', 'Vegatable Gold', dan 'Flower of Love'. Ianya memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya (excellent stimulant) sejak dari dulu lagi. Justeru itu disamping warnanya yang cukup menarik serta baunya yang harum maka ianya digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan dan perubatan.

Tumbuhan dengan nama saintifiknya 'Crocus Sativus Linneaus' telah dikenali ramai sejak ribuan tahun dahulu sebagai rempah ( spice ) yang paling benilai dan berharga. Ianya telah digunakan di seluruh dunia terutamanya di Timur Tengah, India dan negara-negara Eropah. Lebih dari 60 negara di dunia mengenali saffron dengan sebutannya yang berlainan seperti Parsi : 'Za'afaran', Jepun : 'Safuran', Hindi : 'Kesar', China : 'Fan Hong Hua', Tamil : 'Kungumappu' dan Bahasa Melayu 'Koma-Koma'.

Tiada tarikh yang tepat bilakah bermulanya penanaman saffron, tetapi ianya dipercayai telah mula ditanam sejak zaman pra-sejarah Greek ( Prehistoric Greek ). Kini saffron banyak ditanam di Barat Mediterranian ( Sepanyol ) sehingga ke Asia ( India dan China ). Ianya juga telah mulai ditanam di Australia, AS dan Amerika Selatan ( Mexico dan Argentina ). Hari ini negara pengeluar-pengeluar utama saffron adalah Iran, Greece, Sepanyol, India, Morocco, Turki dan Itali. Lebih dari 85 peratus ( kira-kira 400 tan metrik ) pengeluaran saffron dunia datangnya dari negara-negara tersebut. Manakala pengimport saffron terbesar dunia adalah negara Jerman, Itali, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jepun dan Korea Selatan.

Dianggarkan lebih dari 1400 spesis bunga saffron di seluruh dunia. India (Jammu dan Kashmir ) adalah negara yang menghasilkan kualiti saffron terbaik di dunia ( sejarah menyatakan di wilayah ini bermulanya era penanaman saffron ). Sekuntum bunga saffron mengeluarkan 3 stigma berwarna merah dan dipetik pada musim luruh. Penuaian dilakukan sebelum terbitnya matahari bagi memastikan kesegarannya. Proses pengutipan, pengasingan, pengeringan, penyimpanan serta pembungkusan semuanya menggunakan tangan. Untuk mendapatkan sekilogram saffron kering lebih dari 150 ribu kuntum bunga diperlukan.

Sebagai tanaman terapi, saffron kaya dengan karbohidrat, minerals, mucilage serta vitamin B1 dan B2 ( riboflavin dan tiamin ), disamping banyak lagi bahan lain yang berkhasiat farmaseutikal yang cukup tinggi. Struktur asas saintifik saffron, crocin menghasilkan warna, picrocrocin menghasilkan citarasa dan safranal menghasilkan aroma.

Antara keistimewaannya, saffron boleh membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, agen anti barah, merawat amenia (kekurangan zat besi) mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah (haid ), merawat penyakit saraf, keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, merawat penyakit saluran kencing ( renal colic ), kesuburan ( fertility ), menambah selera makan untuk kanak-kanak ( increase appetite ) dan ia turut digunakan sebagai perangsang tebaga batin dan penenang ( sedative ).

Saffron adalah antara rempah yang unik kerana citarasa, aroma dan kandungan warnanya boleh larut di dalam air. Selain digunakan di dalam perubatan Yunani dan Ayurveda di India untuk merawat pelbagai penyakit seperti arthritis, sehinggalah kepada mati pucuk dan ketidaksuburan, masyarakat India terutamanya wanita menggunakan saffron selepas tempoh bersalin bagi tujuan menguatkan rahim dan melancarkan perjalanan darah. Golongan bangsawan di zaman dahulu menggunakan larutan saffron sebagai topeng muka untuk menghilangkan ruam dan jerawat. Wanita zaman sekarang menggunakan saffron sebagai bedak asas. Ia bukan sahaja membuatkan kulit bertambah lembut malah semakin licin dan cerah.

Dengan kandungan saffron yang mempunyai kuasa penenang semulajadi, maka di Timur tengah saffron telah dijadikan sebagai minyak wangi yang dipanggil Zaafran Attar. Ianya juga turut digunakan sebagai pewangi di dalam jenama minyak wangi ( perfume ) antarabangsa yang lain. Pada masa ini saffron turut dijadikan bahan asas dalam pembuatan bahan dalam pembuatan bahan penjagaan tubuh seperti sabun, losyen dan sebagainya.

Saffron juga sering dijadikan ramuan penting dalam masakan. Di dalam hidangan Timur Tengah, Eropah, India dan Malaysia, saffron banyak digunakan di dalam nasi, teh, kopi, dan makanan pencuci mulut ( desert ). Didalam industri tenusu saffron juga memberikan warna yang cantik kepada mentega dan keju serta digunakan didalam pembuatan aiskrim, jem dan extract saffron. Selain menaikkan aroma, ia juga memberikan kebaikan dari segi kesihatan. 

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat.Paling ketara ia memberi kekuatan kepada rohani.

Haruman merupakan santapan rohani,manakala kasturi adalah sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman. Mencium kasturi menenangkan roh.Justeru,janganlah kita menzalimi roh dengan membiarkannya menghidu sesuatu yang busuk.

Di samping itu jangan lupa menunaikan solat,berzikir dan membaca Al-Qur'an setiap hari.Amalan-amalan ini merupakan santapan roh yang hakiki bagi memperkuatkan dan memperbaharui keimanan.

Sabda nabi S.A.W:"belajarlah al-quran serta bacalah kerana perumpamaan al-quran bagi orang yang mahu belajar,membaca dan melaksanakannya adalah seperti 1 bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang baunya menyebar pada setiap tempat.Dan perumpamaan orang yang mahu memperlajarinya dan ia lupa(mengamalkannya),maka di hatinya seperti ada 1 bekas wangian kasturi yang masih tertutup."(Riwayat at-Tarmizi)


Sunday, 26 February 2012

Doa Agar Suami dan Isteri Saling Mengasihi



Dimanakah Syurgamu Wahai Suami?


Perkahwinan merupakan suatu tuntutan agama dalam meraikan fitrah makhluk ciptaan-Nya. Perkahwinan merupakan satu jalan mencapai keredhaan Allah dalam menuju syurga-Nya. Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk berkahwin seperti firman-Nya:


“Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui” (Surah An-Nur 24:32)

Kekayaan yang dianugerahi Allah ini bukan semata-mata dalam konteks wang ringgit dan harta, tetapi kekayaan diri yang merasakan diri cukup dengan nikmat-nikmat Allah yang seterusnya mendekatkan kita dengan syurga-Nya. Tanyalah pasangan yang telah berkahwin, pasti mereka berasa nikmat Allah itu meliputi mereka kerana isteri itu tidak lain tidak bukan adalah anugerah Allah.

Dan kekayaan melalui nikmat itulah yang Allah rakamkan dalam Firman-Nya:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. ” (QS. 30:21)

Teringat saya akan skrip dialog yang dipetik dari filem ‘Sepi’ arahan Khabir Bhatia

“Isteri bukan hak milik, tetapi anugerah”
Dialog itu cukup melekat dalam hati saya semenjak itu dan sering membuatkan saya terfikir-fikir. Dijadikan isteri itu sebagai anugerah bukan hak milik. Seseorang hanya akan merasa kaya apabila di merasakan dirinya mendapat anugerah yang istimewa dari Allah. Dan rasa kekayaan itulah yang dirasai apabila isteri itu dilihat sebagai anugerah Yang Maha Esa. Namun, sebaliknya jika kita merasakan isteri itu hak milik, maka kita tidak pernah akan merasa cukup dengan kemilikan itu, dan sentiasa merasa berwaspada akan kehilangannya.

Disebalik anugerah Allah itulah kita akan mendapatkan syurga. Hadith Rasulullah s.a.w sentiasa mengingatkan kita bahawa terlalu banyak kebaikan yang Allah ganjarkan kepada mereka yang berkahwin, sehingga disebut Rasulullah telah sempurna separuh dari agama, maka sebahagianlah disuruh kita bertakwa. Mengapa begitu besar ganjaran Allah disebalik anugerah itu yang sudah pastinya bukan sekadar mengkayakan kita didunia, malah menambah saham akhirat dengan lipat kali ganda? Jika ditanyakan pasangan yang berkahwin, sudah pasti mereka akan katakan, terlalu banyak peluang membuat kebaikan kepada isteri dan anak-anak yang seterusnya menjanjikan syurga.
Sering lelaki dan suami merasakan bahawa dialah ketua dan dialah yang paling tinggi kedudukannya didalam keluarga. Sehingga isteri itu perlu taat kepadanya. Ayat syurga isteri itu bergantung pada redha suami menjadikan suami kadangkala lupa bertanya diri dimana pula syurganya?

Pernahkah suami bertanya dimana syurganya didalam rumah tangga?
Sungguh Allah itu Maha Adil. Dia tidak menjadikan wanita itu sebagai kaum lemah yang mana kedudukannya di akhirat bergantung pada redha suami hanya untuk didominasi dan dipergunakan lelaki.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud:

“Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga.” (riwayat Abu Hurairah)

Mematuhi suruhan dan larangan suami dijadikan syarat Allah yang terakhir dalam hadith itu untuk wanita menjejaki syurga. Namun, Allah tidak menjadikan kewajipan itu semata-mata sia-sia kerana jaminan syurga itu bersifat mutual. Syarat ke syurga tidak hanya diletakkan kepada isteri, tetapi juga diletakkan kepada suami, sebagai bukti keadilan Allah.

Lantaran itu, Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya bermaksud:

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku”. (Riwayat At-Tirmizi)

Tidak sekadar itu, Rasulullah dalam hadith lainnya menyebut:

“Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik melayani isterinya”. (Riwayat At-Tirmizi)

Subhanallah, itulah bukti keadilan Allah agar kaun hawa tidak ditindas oleh lelaki yang ego mengatakan dialah ketua yang harus ditaati isterinya sedangkan dia melayani isteri dengan buruk.

Syurga yang dijanjikan Allah kepada isteri bersifat mutual kepada suami sekiranya dia melayani isterinya dengan baik. Jangan hanya sibuk memperingati isteri berkenaan syurganya, sebaliknya berfikirlah dimana syurgamu wahai suami dalam rumah tanggamu. Sudahkan kita melayani isteri kita sebaiknya dan memuliakannya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kita. Jangan hanya mempersoalkan hak-hak kita yang perlu dipenuhi isteri, sebaliknya tanyakan hak-hak isteri yang masih belum kita sempurnakan dan tunaikan.

Tulisan ini tidak lain dan tidak bukan sebagai peringatan kepada diri, andai nanti disaat terleka dan terlupa untuk bertanya dan bermuhasabah dimana syurgaku.

Sumber: http://www.ataphijau.com/




Doa Pembuka 12 Pintu


"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, bukakanlah bagiku

1.           Pintu-pintu kebaikan,
2.           pintu-pintu keselamatan,
3.           pintu-pintu kesihatan,
4.           pintu-pintu nikmat,
5.           pintu-pintu keberkatan,
6.           pintu-pintu kekuatan,
7.           pintu cinta sejati,
8.           pintu kasih sayang,
9.           pintu-pintu rezeki,
10.      pintu-pintu ilmu,
11.      pintu-pintu keampunan dan
12.      pintu-pintu syurga.

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."


Kata-kata Selembut Rasa Cinta


KATA-KATA SELEMBUT RASA CINTA
Apabila Allah inginkan kebaikan kepada sebuah rumah tangga, maka dberikannya kelembutan dalam interaksi dan komunikasi sesama anggotanya. Itulah petanda yang sangat ketara dan dapat dirasai bukan sahaja oleh mereka tetapi bagi orang lain yang melihatnya.
Cinta dan kasih sayang umpama mentari, cahayanya boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang punya mata. Bersyukur jika kelembutan itu ada dalam rumah tangga kita, kerana itu petanda kebaikan berada bersama kita.
"Orang yang dijauhkan dari sifat lemah lembut, maka ia dijauhkan dari kebaikan." (HR. Muslim)
Malangnya, kini semakin sering terdengar betapa kelembutan itu semakin hilang. Tutur kata yang kasar, bahasa yang kesat dan suara yang tinggi sudah semakin lumrah di antara suami isteri.
Mengapa suami ku suka membentak? Mengapa sejak akhir-akhir ini isteri ku sudah mula menjerit-jerit? Suaranya menjadi tinggi, bahasanya menjadi kesat sekali, mengapa? Itulah antara keluhan yang samada diluahkan atau dipendamkan dalam sebuah rumah tangga.
Ah, betapa manusia semakin lupa bahawa sifat lemah-lembut itu bukan sahaja diperlukan di dunia, bahkan diperlukan di akhirat. Syurga itu disedikan untuk mereka yang lemah lembut dalam sikap dan tutur kata. Rasulullah saw telah bersabda:
"Mahukah aku kabarkan kepada kalian tentang orang yang diharamkan dari neraka atau neraka diharamkan atasnya? Yaitu atas setiap orang yang dekat (dengan manusia), lemah lembut, lagi memudahkan." (HR. Tirmidzi)
Mengapa frekuensi suara pasangan suami isteri boleh meninggi? Mana bisikan cinta dan luahan rasa yang mendayu-dayu seperti mula-mula dahulu?  Mengapa suara dinyaringkan padahal jarak fizikal antara mereka begitu hampir? Ya, mengapa perlu menjerit dan membentak pada hal mereka cuma duduk bersebelahan? Apakah telinga sudah tuli atau lidah kehilangan tenaga untuk berkata-kata?
Jawabnya mudah, itu semua kerana hati telah menjauh. Walaupun jasad masih dekat, jeritan, bentakan dan herdikan diperlukan apabila dua hati sudah menjarak. Justeru, hanya jeritan nyaring sahaja mampu merentasi jarak dua hati yang telah jauh itu!
Berbeza jika cinta masih ada dan menyala-nyala. Ketika itu dua hati masih berpadu. Satu bisikan sudah cukup untuk memperdengarkan dan didengari. Jarak cinta masih sangat hampir. Cuba bayangkan sepasang suami isteri yang asyik dilamun cinta, suara mereka berbicara hanya didengar oleh mereka berdua. Justeru 'alat komunikasi' yang sebenarnya bukan gajet-gajet teknologi tetapi hati.
Hati adalah alat komunikasi yang sangat canggih dengan syarat hati itu bersih. Cuba lihat bagaimana cara orang-orang soleh berkomunikasi dengan Allah lewat doanya. Suaranya perlahan, lembut, mendayu-dayu, merayu-rayu, penuh rasa harap dan malu.
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik." (Al-A'raf 55-56)
Dan itulah jua asas dan teras komunikasi Allah dengan hambaNya. Sabda Rasulullah s.a.w:  
"Sesungguhnya Allah adalah Dzat Yang Maha Lembut yang mencintai kelembutan dalam seluruh perkara." (HR. Al Bukhari dan Muslim).
Oleh kerana itulah nama-nama Tuhan sangat rapat dengan sifatNya yang Maha Lembut- Ar Rahman, Ar Rahim, Al Latif, Al A'fu, Al Ghafar dan lain-lain.
Perlu diingat, komunikasi bukan hanya menggunakan telinga dan mulut, tetapi menggunakan mata dan hati. Kita perlu memandang orang yang sedang berdepan dengan kita. Jangan hanya kata-kata kita tujukan kepadanya. Pandang dengan kasih sayang. Hati itu jendela bagi hati. Justeru, pertautan mata bermakna pertautan hati. Bahasa mata dan hati inilah yang dikenali sebagai bahawa rasa.  Itulah bahasa  sejagat yang  mempunyai nada dan melodi yang sangat harmoni.
Mata sangat diperlukan dalam komunikasi cinta. Oleh itu pandanglah mata pasangan kita, lalu berbicaralah dengan mata dan kata-kata, pasti hati kita dan dia akan bertaut... Ya, sekiranya di hati kita berdua masih ada cinta.
Namun, jika kita tidak mampu lagi merenung matanya,  dan bicara kita hanya dengan kata-kata dan telinga, itu petanda cinta sudah terguris.
"Sesungguhnya sifat lemah lembut itu tidak berada pada sesuatu melainkan dia akan menghiasinya (dengan kebaikan). Sebaliknya, tidaklah sifat itu dicabut dari sesuatu, melainkan dia akan membuatnya menjadi buruk." (HR. Muslim)
Pasti ada yang tidak kena di mana-mana. Cuba lihat orang yang berbohong, cuba amat-amati orang yang khianat, dan telitilah sikap orang yang benci, mereka tidak akan mampu menatap mata orang yang mereka bohongi, khianati dan benci. Maka begitulah bila mata tidak turut serta dalam komunikasi antara suami dan isteri, salah seorang atau keduanya, besar kemungkinan sudah terguris hatinya!
Cuba baca sejarah Rasulullah yang agung. Bagaimana baginda berbicara dengan sesiapa sahaja di hadapannya. Matanya, gerak tubuhnya, bahasanya begitu meyakinkan. Orang yang menjadi teman bicaranya rasa dihargai, disayangi dan diberi perhatian. Bila baginda berpaling, baginda memalingkan keseluruhan badannya (bukan hanya mukanya).
Nada suaranya lembut kecuali apabila menyampaikan nasihat tentang neraka dan ancaman-ancaman dosa. Matanya merenung penuh kasih. Baginda bukan hanya menghantar mesej pakej komunikasinya sepadu dengan rasa kasih-sayang, empati, dan cinta.
"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu." (QS. Ali Imran: 159)
Para suami dan isteri, contohilah hati Rasulullah yang penuh cinta, insyaAllah akan lembutlah suara dan harmonilah kata-kata. Meskipun peribadi baginda terlalu tinggi untuk didaki, tidak mengapa... jika kita sekadar mampu meniru 'di hujung kuku'.
Cuba hayati nasihat Rasulullah ini. Anggaplah Rasulullah sedang mengingatkan kita ketika baginda menasihati isterinya:
"Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu Maha Lembut, Dia mencintai sikap lemah lembut. Allah memberikan pada sikap lemah lembut sesuatu yang tidak Dia berikan pada sikap yang keras dan juga akan memberikan apa-apa yang tidak diberikan pada sikap lainnya." (HR. Al-Bukhari)
Tidak ada insan lain yang paling berhak mendengar suara cinta dan bahasa kasih kita melainkan pasangan kita! Jangan berikan pada insan lain, sebelum kita berikan kepada suami atau isteri kita.     
Jika tidak, hati pasangan kita akan 'lari menjauh' walaupun mungkin tubuh badannya masih sebumbung dengan kita.
"Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka, sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." (Qs. Ali Imran: 159)
Janganlah memperdengarkan jeritan jika bisikan sudah mampu didengar. Bahasa adalah jiwa bangsa – maksudnya, bahasa itu boleh menggambarkan jiwa. Walaupun sifat hati tidak ketara tetapi kata-kata akan membuka rahsia. Jika hati baik, tutur kata menjadi lembut, bahasa menjadi indah dan nadanya menjadi merdu. Jika hati jahat, tutur kata menjadi keras, bahasa menjadi kasar dan nadanya menjadi celaru.
Kita hanya merosakan diri sendiri dengan bahasa yang kasar berbanding orang yang kita tujukan kata-kata itu. Bahasa yang kasar datang daripada kebencian. Sesungguhnya kebencian itu akan merosakkan diri  sendiri berbanding dengan orang yang kita bencikan. Sebaliknya jika bahasa kita baik, itu datang dari rasa cinta. Dan cinta akan memberi kebaikan kepada diri  sebanyak mana yang akan diterima oleh orang yang kita cintai!
Dalam Al-Quran ALLAH memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44:
"Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut".
Ya, para Rasul wajib menebarkan rasa kecintaan bukan kebencian.
Rasulullah saw telah bersabda: 
"Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi mencintai kelembutan. Dia memberikan pada sifat kelembutan yang tidak diberikan kepada sifat kekerasan, dan tidak pula diberikan kepada sifat-sifat yang lainnya." (HR. Muslim)
Cinta mampu kembara merentasi ruang dan masa. Cinta adalah soal hati yang tidak mampu dipisahkan oleh jarak dan zaman. Cinta boleh melangkaui dimensi dan generasi. Justeru kita boleh mencintai Allah, yang tidak menyerupai sebarang makhlukNya. Kita boleh mencintai Rasulullah yang hidup ribuan tahun yang lalu. Kita boleh mencintai para sahabat dan para ulama silam yang tidak hidup sezaman dengan kita.
Itulah ajaibnya cinta. Ia adalah satu kekuatan yang sangat luar biasa kerana ia bertapak di hati, yakni 'raja' dalam kerajaan diri manusia. Apabila ada cinta, kita boleh berkomunikasi dan berintraksi walaupun dengan alat-alat perhubungan yang terhad. Cinta menimbulkan kemahuan yang sangat kuat dan bertenaga.    
Namun, apabila tidak ada cinta... segalanya akan lesu dan kaku. Hati hilang keinginan, hasrat dan tenaga untuk  berkomunikasi dengan tulus, telus dan harmoni.
Bila kita kehilangan bahasa dalam bercinta, itulah petanda cinta itulah yang sebenar telah hilang! Tanpa cinta kita kehilangan makna, sedangkan makna itulah yang melahirkan bahasa... Bukankah makna cinta itu hadir dulu di dalam jiwa, kemudian barulah lahir ungkapan, aku cinta pada mu!
Biodata Kolumnis
Ustaz Pahrol Mohd Juoi merupakan seorang penulis buku, artikel, lirik nasyid dan juga skrip. Salah satu buku karangan beliau adalah 'Tentang Cinta.' Penulis kelahiran Ipoh, Perak ini merupakan seorang master trainer untuk syarikat Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. dan juga ketua editor majalah Solusi terbitan syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. 





Wangian Rasulullah


Rasulullah adalah mempunyai tubuh yang bau yang wangi dan segar yang semula jadi. Wangian ini melebihi wangian yang wujud di dunia ini. Anas r.a menceritakan:
ما شممت عنبرا قط ولا مسكا ولا شيئا أطيب من ريح رسول الله
Maksudnya: “Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w.” (Hadis sahih Bukhari Muslim)
Walaupun begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (Hr Abu Daud – sanad hasan).

Makruh menolak pemberian wangian
Jika seseorang diberi wangian sperti minyak wangi, bedak dan sebagainya maka disunat dia menerimanya. Nabi s.a.w diriwayatkan dalam hadis bahawa baginda tidak menolak pemberian minyak wangi (HR Bukhari). Nabi s.a.w bersabda:
من عرض عليه ريحان فلا يرده
Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak.” (Hr Muslim)

Rujukan: Mausuah Feqhiah oleh kementerian agama Kuwait, Ittihaf Ahlil Wafa oleh Abdur Qadir at-Talidi, Tuhfatul Ahwazi oleh al- Muabarakfuri, musnad Imam Ahmad dan Feqhul Albisah waz Zinah oleh Abdul Wahhab.

Di sebut di dalam Al-Quran
- Tanah-tanah di syurga dijadikan dari KASTURI
Juga Dikatakan badan Rasulullah S.A.W sentiasa berbau wangi KASTURI dengan semulajadi. Dengan itu baginda tidak dihinggapi nyamuk atau lalat. (Riwayat Al-Bukhari-Muslim)
Sunnah Rasul-Rasul
Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi daripada Abu Ayub r.a daripada Nabi S.A.W maksudnya "Empat perkara daripada sunnah Rasul-rasul iaitu:- malu,berwangi-wangian, siwak dan nikah" (Hadis Hassan)
Minyak Wangi Kasturi Kesukaan Nabi S.A.W

Di riwayatkan oleh Muslim sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda maksudnya " Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali".
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-

1) Memberi kekuatan pada roh Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
2) Menenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8] Menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18] Mencegah wabak penyakit
19) Melanjutkan usia
20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya. Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi). sumber: Madrasah Darul Atiq

Yang paling penting !!!

Bersolatlah dengan berwangi-wangian 70x lebih baik daripada tidak berwangi-wangian.

Dan berniatlah untuk memakai Wangian Kasturi ini Mengikut SUNNAH-SUNNAH kecil Rasullullah dan setiap kali memakai jangan lupa untuk berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Kasturi As Sakeenah



Mengandungi Bacaan 7 surah Al-Quran (Surah Yassin, Surah Al- Waqiah, Surah Ar-Rahman, Surah Al-Mulk, Surah Toha, Ayat Seribu Dinar dan Surah-surah 3 Qul

•    Perisai diri,perisai tempat kediaman, tempat kerja, tempat perniagaan,
•    Meningkatkan daya ketahanan melalui kekuatan rohani, jasmani, mental dan fizikal
•    Keharmonian rumah tangga
•    Sentiasa di sayangi dan menyayangi
•    Menaikkan seri muka
•    Doa pendekat dan bertemu jodoh
•    Menghindari dari sifat marah dan baran
•    Doa pelindung dari disihirkan/ disantau orang
•    Memberi rangsangan positif untuk pelajar-pelajar dalam pelajaran
•    Menangani masalah anak/bayi menangis malam



TESTIMONI:-
Nurhayati Raji (017-3772657) – sebagai seorang pegawai atasan saya sentiasa bermotivasi
Hairun Bee Mohd Yusof (012-3538960)- Alhamdullillah, jodoh pun cepat
Asmah Ali (012-2865422)- Mengurangkan perasaan was-was waimah dalam keputusan atau pun dalam pergaulan
Fazida (012-2445553) – Saya boleh berniaga dengan baik dan rezeki dating mencurah curah tanpa sekatan
Suhaina (019-2326908) – Tiada lagi bisa-bisa badan dan sakit belikat
Ustazah Noni (017-9634713) – Saya lebih berkeyakinan terhadap diri sendiri dan saya juga sudah menggunakan wangian aura ini untuk mengubati orang lain
Azhar (013-3770459) – Anak-anak lebih mendengar kata-kata dan rajin belajar





WANGIAN PENAWAR KASTURI ZAFARAN

Adakah anda:-

ü  Tidur dalam keadaan resah,cemas dan sering terjaga?
ü  Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
ü  Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
ü  Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
ü  Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
ü  Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
ü  Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
ü  Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur
ü  Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
ü  Hilang ingatan (Gila).
ü  Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
ü  Lesu dan malas.
ü  Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
ü  Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
ü  Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
ü  Lenguh sendi-sendi.
ü  Melihat/nampak sesuatu yang pelik.
ü  Terdengar suara, bisikan atau bunyi yang menakutkan.
ü  Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
ü  Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
ü  Jiwa lemah dan mudah mengalah.
ü  Selalu mengantuk.
ü  Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
ü  Mudah marah, suka bergaduh dan panas baran.
ü  Kesan lebam di tubuh seperti di peha, betis atau lengan.
ü  Agresif dan bertindak liar.
ü  Anak yang tidak mahu ke sekolah dan selalu melawan orang tua
ü  Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan
ü  Asmara cinta yang keterlaluan dan rindu bayangan yang berlebihan
ü  Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan seks
ü  Patuh secara membuta tuli
MUNGKIN ANDA TELAH MENEMUI PENAWAR UNTUK MASALAH ANDA. WANGIAN PENAWAR AS SAKEENAH ADALAH SATU IKHTIAR PENAWAR DALAM PERUBATAN ISLAM

Minyak Wangi Kasturi Zaffaran As Syifa'/Kasturi Putih As Syifa'/Kasturi Kijang As Syifa' Wangian terpilih tanpa alkohol yang diimpot dari Mekah  telah di doakan dengan:



ü  BACAAN 30 Juzuk AlQuran
ü  Ayat-ayat Ruqyah
ü  Ayat Ruqyah Jibrail
ü  Ayat Rukyah Nabbawiyah
ü  Ayat-ayat Shifa’
ü  Selawat Tafrijiyyah
ü  Pendinding Al-Muawwizat
ü  Asma Ul Husna (99 Nama Allah)
ü  Bismillah Tujuh (Rawatan Bisa)
ü  Selawat Munjiyyah
ü  Saiyyidul Istighfar(Penghulu Taubat)
ü  Ayat Keagungan (Ayat Kursi)
ü  Ayat Pembatal Sihir/Pukau
ü  Ayat Pengesan & Penawar Sihir/Pukau
ü  Ayat Pendinding daripada Sihir/Pukau
ü  Doa Menghindar Gangguan Syaitan
ü  Doa Menghindar hasutan Syaitan
ü  Doa Mendiami Tempat Baru & Ada Gangguan
ü  Doa Bakar Jin & Syaitan
ü  Ayat Penawar Seribu Guna
ü  Ayat Pendamaian
ü  Ayat Pelembut Hati
ü  Ayatul Mahabbah (Doa Pengasih)
ü  Doa Seri Wajah
ü  Doa Pendekat & Bertemu Jodoh
ü  Doa Pelaris Perniagaan
ü  Doa Penyejuk
ü  Doa Gangguan Tidur
ü  Ayat-ayat Cemburu/Iri Hati/Hasad Dengki
ü  Ayat Hifzu (Doa Pendinding/Pelindung)
ü  Salam Sulaiman
ü  Solat Hajat
Haruman adalah santapan roh, manakala Kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman, sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W, " Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi".( Hadis Riwayat Imam Muslim).

DENGAN KEIZINAN ALLAH IANYA MEMBANTU SEBAGAI:-

Ø  PERISAI DIRI, TEMPAT KEDIAMAN, KERJA, PERNIAGAAN D
Ø  MEMBERI KETENANGAN JIWA/MENENANGKAN PERASAAN
Ø  MENGEMBALIKAN KEHARMONIAN RUMAHTANGGA & KASIH-SAYANG ANTARA SUAMI ISTERI
Ø  MENCERDASKAN AKAL DAN PENERANG HATI
Ø  MENYEJUKKAN HATI ANAK-ANAK YANG SUKA MELAWAN
Ø  MENANGANI MASALAH ANAK/BAYI MENANGIS MALAM
Ø  DIRI DISENANGI RAMAI
Ø  MENGHINDARI PERASAAN CEMBURU DAN GEMENTAR
Ø  MENYEDARKAN ORANG PENGSAN
Ø  DOA PENDEKAT DAN BERTEMU JODOH
Ø  MENGHINDARKAN GANGGUAN MAKHLUK-MAKHLUK HALUS, JIN DSB
Ø  DOA PELINDUNGAN DARI DISIHIRKAN/DISANTAU ORANG/HISTERIA/RASUKAN DSB
Ø  PELBAGAI HAJAT DIRI, INSYAALLAH

Kasturi Zafaran & Kasturi Pengantin