Kasturi
Zafaran As Sakeenah merupakan kombinasi bahan tumbuhan herba Zafaran dan
wangian kasturi sesuai digunakan untuk
semua peringkat umur. Zafaran (Saffron) atau nama saintifiknya Crocus Sativus
adalah sejenis tumbuhan herba yang hanya boleh didapati di beberapa buah negara
sahaja iaitu di Iran dan Sepanyol serta sedikit ditanam di Kashmir.
TENTANG
SAFFRON
Saffron
berasal dari perkataan Arab bermaksud kuning ( yellow ), sejenis tumbuhan herba
daripada kumpulan eloridaccesi adalah antara khazanah alam termahal di dunia.
herba yang digelar 'Emas Padang Pasir' (Gold of the Desert) juga dikenali
sebagai 'Spice King', 'Spice Queen', 'Vegatable Gold', dan 'Flower of Love'.
Ianya memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya (excellent
stimulant) sejak dari dulu lagi. Justeru itu disamping warnanya yang cukup
menarik serta baunya yang harum maka ianya digunakan secara meluas dalam
pemakanan, kecantikan dan perubatan.
Tumbuhan
dengan nama saintifiknya 'Crocus Sativus Linneaus' telah dikenali ramai sejak
ribuan tahun dahulu sebagai rempah ( spice ) yang paling benilai dan berharga.
Ianya telah digunakan di seluruh dunia terutamanya di Timur Tengah, India dan
negara-negara Eropah. Lebih dari 60 negara di dunia mengenali saffron dengan
sebutannya yang berlainan seperti Parsi : 'Za'afaran', Jepun : 'Safuran', Hindi
: 'Kesar', China : 'Fan Hong Hua', Tamil : 'Kungumappu' dan Bahasa Melayu
'Koma-Koma'.
Tiada
tarikh yang tepat bilakah bermulanya penanaman saffron, tetapi ianya dipercayai
telah mula ditanam sejak zaman pra-sejarah Greek ( Prehistoric Greek ). Kini
saffron banyak ditanam di Barat Mediterranian ( Sepanyol ) sehingga ke Asia (
India dan China ). Ianya juga telah mulai ditanam di Australia, AS dan Amerika
Selatan ( Mexico dan Argentina ). Hari ini negara pengeluar-pengeluar utama
saffron adalah Iran, Greece, Sepanyol, India, Morocco, Turki dan Itali. Lebih
dari 85 peratus ( kira-kira 400 tan metrik ) pengeluaran saffron dunia
datangnya dari negara-negara tersebut. Manakala pengimport saffron terbesar
dunia adalah negara Jerman, Itali, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis,
Jepun dan Korea Selatan.
Dianggarkan
lebih dari 1400 spesis bunga saffron di seluruh dunia. India (Jammu dan
Kashmir ) adalah negara yang menghasilkan kualiti saffron terbaik di dunia (
sejarah menyatakan di wilayah ini bermulanya era penanaman saffron ). Sekuntum
bunga saffron mengeluarkan 3 stigma berwarna merah dan dipetik pada musim luruh.
Penuaian dilakukan sebelum terbitnya matahari bagi memastikan kesegarannya.
Proses pengutipan, pengasingan, pengeringan, penyimpanan serta pembungkusan
semuanya menggunakan tangan. Untuk mendapatkan sekilogram saffron kering lebih
dari 150 ribu kuntum bunga diperlukan.
Sebagai
tanaman terapi, saffron kaya dengan karbohidrat, minerals, mucilage serta
vitamin B1 dan B2 ( riboflavin dan tiamin ), disamping banyak lagi bahan lain
yang berkhasiat farmaseutikal yang cukup tinggi. Struktur asas saintifik saffron,
crocin menghasilkan warna, picrocrocin menghasilkan citarasa dan safranal
menghasilkan aroma.
Antara
keistimewaannya, saffron boleh membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan,
agen anti barah, merawat amenia (kekurangan zat besi) mengawal tekanan darah
dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan
pengaliran darah (haid ), merawat penyakit saraf, keletihan, sembelit,
bisa-bisa sendi, merawat penyakit saluran kencing ( renal colic ), kesuburan (
fertility ), menambah selera makan untuk kanak-kanak ( increase appetite ) dan
ia turut digunakan sebagai perangsang tebaga batin dan penenang ( sedative ).
Saffron adalah antara rempah yang unik kerana
citarasa, aroma dan kandungan warnanya boleh larut di dalam air. Selain
digunakan di dalam perubatan Yunani dan Ayurveda di India untuk merawat
pelbagai penyakit seperti arthritis, sehinggalah kepada mati pucuk dan
ketidaksuburan, masyarakat India terutamanya wanita menggunakan saffron selepas
tempoh bersalin bagi tujuan menguatkan rahim dan melancarkan perjalanan darah.
Golongan bangsawan di zaman dahulu menggunakan larutan saffron sebagai topeng
muka untuk menghilangkan ruam dan jerawat. Wanita zaman sekarang menggunakan
saffron sebagai bedak asas. Ia bukan sahaja membuatkan kulit bertambah lembut
malah semakin licin dan cerah.
Dengan kandungan saffron yang mempunyai kuasa
penenang semulajadi, maka di Timur tengah saffron telah dijadikan sebagai
minyak wangi yang dipanggil Zaafran Attar. Ianya juga turut digunakan sebagai
pewangi di dalam jenama minyak wangi ( perfume ) antarabangsa yang lain. Pada
masa ini saffron turut dijadikan bahan asas dalam pembuatan bahan dalam
pembuatan bahan penjagaan tubuh seperti sabun, losyen dan sebagainya.
Saffron juga sering dijadikan ramuan penting
dalam masakan. Di dalam hidangan Timur Tengah, Eropah, India dan Malaysia,
saffron banyak digunakan di dalam nasi, teh, kopi, dan makanan pencuci mulut (
desert ). Didalam industri tenusu saffron juga memberikan warna yang cantik
kepada mentega dan keju serta digunakan didalam pembuatan aiskrim, jem dan
extract saffron. Selain menaikkan aroma, ia juga memberikan kebaikan dari segi
kesihatan.
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya
Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi
didapati mempunyai banyak khasiat.Paling ketara ia memberi kekuatan kepada
rohani.
Haruman merupakan santapan rohani,manakala kasturi adalah sewangi-wangi dan
sebaik-baik haruman. Mencium kasturi menenangkan
roh.Justeru,janganlah kita menzalimi roh dengan membiarkannya menghidu sesuatu yang busuk.
Di samping itu jangan lupa menunaikan solat,berzikir dan membaca
Al-Qur'an setiap hari.Amalan-amalan ini merupakan santapan roh yang hakiki bagi
memperkuatkan dan memperbaharui keimanan.
Sabda nabi S.A.W:"belajarlah al-quran serta bacalah
kerana perumpamaan al-quran bagi orang yang mahu belajar,membaca dan
melaksanakannya adalah seperti 1 bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang
baunya menyebar pada setiap tempat.Dan perumpamaan orang yang mahu
memperlajarinya dan ia lupa(mengamalkannya),maka di hatinya seperti ada 1 bekas
wangian kasturi yang masih tertutup."(Riwayat at-Tarmizi)
No comments:
Post a Comment