Rasulullah
adalah mempunyai tubuh yang bau yang wangi dan segar yang semula jadi. Wangian
ini melebihi wangian yang wujud di dunia ini. Anas r.a menceritakan:
ما شممت
عنبرا قط
ولا مسكا
ولا شيئا
أطيب من
ريح رسول
الله
Maksudnya:
“Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang
lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w.” (Hadis sahih Bukhari Muslim)
Walaupun
begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (Hr Abu Daud –
sanad hasan).
Makruh menolak pemberian
wangian
Jika
seseorang diberi wangian sperti minyak wangi, bedak dan sebagainya maka disunat
dia menerimanya. Nabi s.a.w diriwayatkan dalam hadis bahawa baginda tidak
menolak pemberian minyak wangi (HR Bukhari). Nabi s.a.w bersabda:
من عرض
عليه ريحان
فلا يرده
Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak.” (Hr Muslim)
Rujukan: Mausuah Feqhiah oleh
kementerian agama Kuwait, Ittihaf Ahlil Wafa oleh Abdur Qadir at-Talidi,
Tuhfatul Ahwazi oleh al- Muabarakfuri, musnad Imam Ahmad dan Feqhul Albisah waz
Zinah oleh Abdul Wahhab.
Di sebut di
dalam Al-Quran
-
Tanah-tanah di syurga dijadikan dari KASTURI
Juga
Dikatakan badan Rasulullah S.A.W sentiasa berbau wangi KASTURI dengan
semulajadi. Dengan itu baginda tidak dihinggapi nyamuk atau lalat. (Riwayat
Al-Bukhari-Muslim)
Sunnah
Rasul-Rasul
Diriwayatkan
oleh Al-Tirmizi daripada Abu Ayub r.a daripada Nabi S.A.W maksudnya "Empat
perkara daripada sunnah Rasul-rasul iaitu:- malu,berwangi-wangian, siwak dan
nikah" (Hadis Hassan)
Minyak
Wangi Kasturi Kesukaan Nabi S.A.W
Di
riwayatkan oleh Muslim sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda maksudnya "
Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali".
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh
ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli
perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-
1) Memberi kekuatan pada roh Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
2) Menenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8] Menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18] Mencegah wabak penyakit
19) Melanjutkan usia
20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya. Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi). sumber: Madrasah Darul Atiq
Yang paling penting !!!
Bersolatlah dengan berwangi-wangian 70x lebih baik daripada tidak berwangi-wangian.
Dan berniatlah untuk memakai Wangian Kasturi ini Mengikut SUNNAH-SUNNAH kecil Rasullullah dan setiap kali memakai jangan lupa untuk berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
No comments:
Post a Comment